Pada 3 Mac 2010 yang lalu, SK Hj Abu Bakar telah mengadakan mesyuarat PIBG. Majlis bemula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran para waris. Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa oleh ustaz Ali. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, Pengerusi PIBG. Majlis diteruskan dengan cadangan usul dan soal jawab para waris dengan guru. Akhir sekali diadakan cabutan bertuah. Majlis berakhir kira-kira jam 5 petang. Syukur Alhamdulillah kerana majlis berjalan dengan lancar.
Wednesday, March 17, 2010
Mesyuarat PIBG

Friday, March 12, 2010
Hari Sukan Sekolah..
Pada 24 Februari yang lalu, SK Hj Abu Bakar telah mengadakan Kejohanan Sukan sekolah.. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang dimulai dengan nyanyian lagu dan ikrar pelajar. Selepas itu, acara bermula dengan permainan hoki. Aktiviti diteruskan dengan bola jaring dan bola sepak. Setelah tamat permainan, acara sukaneka pun dimulakan. Murid prasekolah, Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga mengambil bahagian. Setelah tamat semua acara, tiba acara untuk guru pula dimana wakil setiap rumah mengambil bahagian. Majlis diakhiri dengan perarakan rumah sukan dan penyampaian hadiah. Rumah Biru menjadi juara keseluruhan pada hari tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjalankan majlis.
Mari ke Sekolah...
Sk Hj Abu Bakar terletak di Lepai, Kota Star. Memiliki 31 orang guru dan kira-kira 400 orang murid. Merupakan sebuah sekolah yang indah dan terletak di tengah-tengah sawah padi. SElain itu, guru-guru yang ramah membuatkan hati kami tertarik dengan sekolah ini. Murid-muridnya juga mudah mesra.
Sebuah sekolah yang wajar dikunjungi...
Subscribe to:
Posts (Atom)